Politics, Social, Travel, Arts and Culture
RSS:
Publications
Comments

Dua tahun selepas Malaysia semakin matang

Disiarkan buat pertama kalinya oleh TMI disini.

8 MAC — Tahun ini genaplah dua tahun berlakunya Tsunami politik di Malaysia. Buat pertama kalinya selepas pilihanraya 1969, parti yang memerintah tidak mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen.

Sepanjang dua tahun ini rakyat Malaysia secara tidak langsung dilatih bagi membiasakan diri untuk hidup dalam negara yang mempunyai keseimbangan kuasa diantara pemerintah dan pembangkang.

Tidak seperti sebelum-sebelumnya dimana parlimen dikuasai oleh parti pemerintah yang mempunyai kekuasaan yang tidak boleh dicabar.

Kekuasaan yang mutlak tidak baik untuk rakyat di dalam negara demokrasi oleh kerena ia akan menyebabkan pemerintahan itu akan mempunyai kecondrongan untuk kearah kediktatoran.

Tanpa mempunyai keseimbangan kuasa, sesuatu pihak yang memerintah itu boleh melaksanakan apa sahaja keputusan tanpa mempunyai bangkangan dan “check and balance”.




Read more »


Terima Kasih kerana sudi 'klik' pada iklan di atas sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

Hampir semua Kedutaan Asing akan berhadapan dengan “Demonstrasi”

Hari ini Pemuda Umno dan Perkasa akan berdemonstrasi menentang tindakan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Klik disini.

Selepas ini, Pemuda Umno dan Perkasa perlu memenuhkan jadual mereka dengan kedutaan-kedutaan lain pula. Al maklumlah, banyak lagi negara yang tidak bersetuju dengan Kes Liwat 2 ini.

Diantara kedutaan-kedutaan asing yang perlu Pemuda Umno dan Perkasa anjurkan demonstrasi selain daripada Australia ialah negara Turki, Amerika Syarikat, Mesir, Arab Saudi dan banyak lagi.

Jika lebih hebat, Pemuda Umno dan Perkasa perlu terus berdemonstrasi sehingga tidak ada negara lagi yang mahu mempunyai hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Jika ini dapat dilakukan, bukti Pemuda Umno dan Perkasa memang pejuang Melayu sejati.

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha





Terima Kasih kerana sudi 'klik' pada iklan di atas sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

Tahun Baru Cina di ‘Pearl of Orient’

Pertama kali disiarkan oleh The Malaysian Insider disini.

FEB 16 — Sambutan Tahun Baru Cina di kota Manila, Filipina tak kurang hebatnya berbanding dengan di Malaysia. Semenjak awal Februari lagi sudah boleh kelihatan “Tarian Singa” di merata tempat terutamanya di pusat membeli belah.

Bagi yang belum pernah ke Manila, kota ini adalah kota bagi pusat membeli-belah. Jika menaiki MRT atau LRT, hampir disetiap perhentian anda akan bertemu dengan pusat membeli belah.

Walaupun Tahun Baru Cina bukanlah hari cuti rasmi di Filipina, ianya tidak menghalang masyarakat untuk menyambutnya dengan meriah. Tahun Harimau turut “mengaum” di Kota Manila.

Yang menariknya, selain daripada masyarakat Cina di Filipina, sambutan Tahun Baru Cina turut dirayakan dengan meriah oleh warga-warga Filipina yang bukan Cina.




Read more »


Terima Kasih kerana sudi 'klik' pada iklan di atas sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

Gong Xi Fa Cai

Warga Amin Iskandar Dot Com mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua. Semoga Tahun Harimau akan memberikan lebih banyak kejayaan dan kegembiraan.

Xin Nian Kuai Le! Gong Xi Fa Cai! Kiong He Huat Chai!





Terima Kasih kerana sudi 'klik' pada iklan di atas sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

Mahkamah kata Zambry Kadir MB yang sah, apa kata rakyat?

Hari ini Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Zambry Kadir adalah MB Perak yang sah. Kelima-lima hakim dengan sebulat suara memutuskan keputusan tersebut.

Itu kata hakim di Mahkamah Persekutuan.

Apa pula kata rakyat?





Terima Kasih kerana sudi 'klik' pada iklan di atas sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes