Verse 1
Negara bebas dan berdaulat,
Masyarakatnya pelbagai,
Bersatu bersama-sama,
Kita bina Malaysia,
Berkongsi sejarah dan warisan,
Matlamat dan impian,
Tetapi mengapa kini?
Kita semakin terpisah?
Chorus:
Kita semua hanyalah manusia,
Tak kira warna kulit dan kepercayaan,
Berpayung kita dibawah satu bendera,
Kita anak bangsa Malaysia,
Verse 2
Siapakah yang gembira?
Bila jarak semakin lebar,
Polarisasi dimana-mana,
Tak kira tua muda,
Jangan kita, jangan biarkan,
Terus dipergunakan,
Mari kita, ayuh bersama,
Hancurkan tembok pemisah,
Chorus * Dua-tiga kali
Lagu ini merupakan lagu terbaru aku dan akan dipersembahkan pada 16 September 2009 di Rumah Anak Bangsa Malaysia (ABM) sempena dengan pelancaran kumpulan tersebut.
Untuk keterangan lanjut, sila lawati http://delcapo.wordpress.com


