Politics, Social, Travel, Arts and Culture
RSS:
Publications
Comments

Disebalik kesesakan Manila

Sudah hampir tiga minggu aku berada di Manila, Filipina. Menetap di Quezon City, diantara bandar yang paling sesak di Filipina. Semakin lama, semakin membiasakan diri dengan kehidupan di Manila, sebuah bandar yang penduduknya hampir menyamai populasi seluruh penduduk Malaysia.

Diantara yang menarik di Manila ialah pengangkutan awamnya. Selain daripada Teksi, LRT, MRT dan bas, terdapat juga pengangkutan-pengangkutan alternatif seperti “Jeepney”, “tricycle” dan van. Yang paling aku minat dalam pengangkutan alternatif di Manila ialah “Jeepney”.

DSC_2014

Gereja tertua di Philippines yang terletak di Intramuros, Kota yang didirikan semasa pejajahan Sepanyol

Jeepney ialah sebuah “jeep” panjang yang berfungsi seperti bas. Tetapi ianya lingkungan perjalanannya tidak sejauh yang dilalui Bas. Contohnya, dengan menggunakan Jeepney, anda boleh bergerak dari jarak-jarak seperti dari Dataran Merdeka ke Bangsar atau Brickfields.

Kadangkala, untuk ke sesuatu destinasi, aku terpaksa menukar sehingga tiga jeepney untuk sampai. Yang menarik ialah cara pembayaran tambangnya. Jika ada duduk paling belakang, anda hanya perlu “passkan” duit tambang kepada penumpang disebelah yang akan pass kepada penumpang yang disebelah lagi sehingga duit tambang tersebut sampai ke pemandu yang duduk dipaling hadapan.

Jika memberi wang lebih, baki akan dipulangkan oleh pemandu kepada penumpang lain yang akan serahkan kepada anda. Wang baki anda akan terima secukupnya tidak lebih dan tidak kurang. Sikap tolong menolong dalam masyarakat Filipina masih lagi kuat. Jika anda tidak tahu dimana mahu berhenti, tanya sahaja kepada penumpang disebelah yang ramah dan kebiasaannya tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Bagi perokok-perokok, Filipina boleh dikatakan yang mempunyai harga rokok yang termurah di Asia Tenggara, dengan membayar lebih kurang RM 2.80, anda sudah boleh mendapatkan sekotak Marlboro 20. Ha ha ha….

Akan bersambung.


Terima Kasih kerana sudi 'klik' pada iklan di atas sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

Leave a Reply

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes