SHAH ALAM, Nov 10 — Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu, kata Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) hari ini.
Menurut beliau, cadangan itu telah pun dibentangkan kepada semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Klik disini untuk membaca berita selanjutnya.
Lama dah rakyat tunggu…
Buat, jangan tak buat….
Jangan janji tinggal janji……
Pilihanraya Kerajaan Tempatan adalah salah satu hak rakyat yang telah dirampas oleh kerajaan Malaysia. Dengan alasan untuk mengekang pengaruh Komunis, pilihanraya untuk memilih ahli majlis telah diharamkan.
Jika MB Selangor benar-benar nak kembalikan hak rakyat ini, baguslah.
Jika tidak, tiada beza BN dan PR.



Salam to all!
Bagi mereka yg bersungguh betul2 nakkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan menjadi realiti secepat mungkin, apa kata mereka menghubungi TS Khalid atau kerajaan negeri Selangor dan menyatakan siapsedia mereka untuk menolong mengatasi segala halangan yg bakal dihadapi dlm usaha mewujudkan ‘local elections’ ini? Bukan setakat menulis sahaje?
Maaf!
Sallehan Sidek, Semenyih.