Politics, Social, Travel, Arts and Culture
RSS:
Publications
Comments

Batal hasrat ke Mekah satu tindakan tepat

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat semalam membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadah haji di Mekah berikutan dengan “kontroversi” tajaan. Klik disini. Tindakan ini merupakan satu tindakan yang bijak dan tepat.

Ini adalah kerana Nik Aziz selama ini dihormati kerana bersih dan kelihatan bersih. Jika beliau tetap dengan pendirian untuk ke Mekah dengan tajaan “pihak-pihak tertentu” yang dikatakan mempunyai “kepentingan” dengan kerajaan negeri Kelantan, kredibilitinya yang hebat selama ini akan tercemar begitu sahaja.

Tidak kiralah sesuatu tajaan itu ke destinasi mana sekalipun ke Mekah, ke Amerika Syarikat, ke Iran atau ke Iraq ianya adalah amalan yang tidak baik apa lagi jika kita memegang sesuatu jawatan politik penting seperti Menteri Besar Kelantan.

Sheih yang baru-baru ini dipecat dari PBMK turut menulis dengan nada yang sama disini. Tukar Tiub turut mengulasnya disini. Salah satu tindakan yang boleh diambil oleh Nik Aziz untuk menghentikan kontroversi-kontroversi seperti ini ialah dengan menghentikan sahaja khidmat menantunya di PBMK.

Tidak manis dipandang orang jika anak atau menantu turut bersama dalam sebuah syarikat yang memegang kepentingan kerajaan negeri. Abdullah Ahmad Badawi yang satu ketika dahulu mempunyai imej yang baik, rosak teruk apabila menantunya memainkan peranan yang penting dizaman pentadbirannya yang telah menyebabkan Abdullah tersungkur dari kekuasaan negara.

Begitu jugalah dengan ahli-ahli politik yang lain tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Hentikanlah politik Dinasti. Cukuplah kita melayan kerenah beberapa keluarga yang mewarisi kesultanan di beberapa buah negeri. Jangan ditambahkan lagi monopoli kekuasaan di peringkat pentadbiran pula.

Contohilah perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman yang tidak meninggalkan waris untuk mentadbir negara. Yang beliau tinggalkan hanyalah legasinya sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tidak lebih dari itu. Ikuti ulasan sahabat saya, Tuan Penarik Beca disini.


Terima Kasih kerana sudi 'klik' pada iklan di atas sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

2 Comments to Batal hasrat ke Mekah satu tindakan tepat

  1. ZolSatibo's Gravatar ZolSatibo
    November 14, 2009 - 11:04 am | Permalink

    Tuan, orang yg nak taja TGNA Encik Nudin Awang. Kawe Abe Jak. Semua ni penyamun tarbus di belakang serban TGNA, belakang kopiah Timbalan MB, dalam kot Takiyuddin, dalam kopiah N Amar. Nudin ni selalu masuk ikut dapur rumah TGNA.

  2. November 15, 2009 - 10:51 am | Permalink

    Amin,lihatlah posting terbaharu kawan baik kamu.

Leave a Reply

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes