Dewan Pemuda PAS akan membentuk kumpulan khas untuk mengkaji kemerosotan sokongan anak-anak muda terhadap parti tersebut. Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan menyatakan perkara tersebut dalam temuramahnya bersama Malaysiakini disini. Katanya, mereka akan cuba mencari apakah puncanya sokongan anak muda semakin merosot terhadap parti tersebut.
Ada satu bentuk ujikaji yang saya cadangkan agar Dewan Pemuda PAS boleh ambil kira.
Ujikaji ini mudah sahaja.
Cari sebuah kawasan parlimen yang dimenangi oleh PAS contohnya seperti Parlimen Titiwangsa. Sebelum memulakan kajian, pastikan sesuatu konsert yang melibatkan artis tempatan atau antarabangsa akan dianjurkan dalam jangkamasa terdekat.
Kemudian lantik badan bebas seperti Merdeka Center untuk melakukan survey bagi mengkaji trend sokongan orang-orang muda terhadap PAS terutamanya Pemuda PAS.
Selepas keputusan keluar, simpan dahulu jangan umumkan.
Anjurkan demonstrasi bagi membantah konsert tersebut.
Selepas demonstrasi tersebut, lantik lagi Merdeka Center untuk melakukan survey. Selepas keputusan survey keluar, bandingkan trend sokongan sebelum dan selepas demonstrasi membantah konsert.
Dengan menggunakan kaedah ini, Pemuda PAS akan dapat mengetahui samaada anak-anak muda suka atau tidak dengan apa yang mereka lakukan sebelum ini.
Diharap Dewan Pemuda PAS akan dapat mengambil kira cadangan saya. Salam.


