Updates
Bedah siasat telah tamat. Tetapi keputusan masih belum diumumkan. Klik disini.
Sementara itu Dr. Porntip dari Thailand mendakwa beliau “diekori” sewaktu beliau ke Nirvana Memorial Park. Klik disini.
Persoalannya, siapakah yang mengekori beliau?
Apakah ini bertujuan untuk menakut-nakutkannya?
Posting Asal
Bedah siasat mayat Teoh Beng Hock buat kali kedua telahpun bermula tengah hari tadi. Prosesnya dikatakan tiga hangga lima jam. Sila klik disini untuk membaca laporan penuh dari Malaysiakini.
Yang menariknya, bedah siasat kedua ini turut disaksikan oleh dua orang dari luar negara iaitu Dr. Porntip Rojanasunand dari Thailand yang mewakili kerajaan negeri Selangor dan Dr. Peter Venezis dari Britain yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC).
Diharapkan agar bedah siasat kedua ini akan menemui jawapan yang dicari. Jangan disembunyikan kebenaran. Apa sahaja keputusannya, ia perlulah diumumkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Jangan biarkan Teoh Beng Hock mati dalam keadaan sia-sia.
Sesiapa sahaja yang bersalah, perlulah dibawa ke ke muka pengadilan.
Berkaitan:
1) Siasat Sampai Mati, Tukar Tiub.


