Menurut sebuah kajian, Malaysia dikatakan akan menjadi pengeksport “pembantu rumah” terbesar mengalahkan Indonesia dan Filipina dalam masa 20 tahun lagi. Bukan saya yang kaji, tetapi orang lain yang kaji DISINI. Keadaan ini dijangka berlaku tatkala rizab minyak negara habis, 20 tahun akan datang.
Jika ini berlaku, bayangkanlah kita akan mendengar berita-berita seperti pembantu rumah dari Malaysia didera di Indonesia. Hukum Karma akan berlaku. Jika kini kita sering terdengar berita-berita mengenai pembantu rumah Indonesia didera di Malaysia. 20 tahun akan datang, perkara yang sebaliknya akan berlaku.
Kepada pemerintah dan ekstrimis-ekstrimis “Melayu”, hanya satu perkara yang ingin saya sampaikan, “Berbanggalah dengan Ketuanan Melayu Kamu!”. 20 tahun akan datang, akan ramai orang-orang Melayu termasuk ahli-ahli Umno akan menjadi pembantu rumah terutamanya di Indonesia kerana tidak boleh berbahasa Inggeris.
Dimanakah pemimpin-pemimpin besar Umno pada ketika itu?
Di Australia, United Kingdon, New Zealand dan Amerika Syarikat berseronok dan membelanjakan “hasil rompakan” harta negara selama tujuh keturunan!


