Politics, Social, Travel, Arts and Culture
RSS:
Publications
Comments

Mohamad Hasan dihujung kuasa

Sebaik sahaja bekas Naib Presiden Umno, Isa Samad di isytihar menjadi calon BN bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang, telah timbul banyak cakap-cakap bahawasanya Mohamad Hasan menunggu waktu sebelum “ditendang keluar” dari kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Belumpun lama Isa Samad menjadi wakil rakyat Bagan Pinang setelah pencen dalam satu tempoh yang agak lama, keluar isu siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap Mohamad Hasan berikutan tindakan beliau memindahkan wang yang bernilai RM 10 juta ke London dengan menggunakan khidmat “Money Changer”.

Kes ini membuka banyak persoalan. Diantaranya ialah, dimanakah Mohamad Hasan memperolehi wang sebanyak RM 10 juta? Kedua, mengapa wang ini dipindahkan secara tergesa-gesa?

Mohamad Hasan memilih untuk hanya mendiamkan diri dalam isu ini. Tindakan ini tidak akan banyak membantunya. Klik disini.

Apakah Mohamad Hasan akan mengulangi kes yang pernah terjadi kepada bekas MB Selangor, Muhammad Taib? Gerakan daripada “pembesar-pembesar Umno” Negeri Sembilan telah dimulakan untuk menjatuhkan Mohamad Hasan. Katanya, mereka tidak mahu isu ini dimanipulasi oleh pihak pembangkang. KLIK DISINI.

Berapa lamakah lagi Mohamad Hasan boleh bertahan?





Terima Kasih kerana sudi 'klik' pada iklan di atas sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

1 Comment to Mohamad Hasan dihujung kuasa

  1. November 30, 2009 - 10:19 am | Permalink

    salam hormat,
    jemput ke Budi Bookstore untuk melayari alam buku-buku motivasi dan kemajuan kendiri.
    terima kasih.

Leave a Reply

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes